Khamis, Ogos 27, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE -4 SAYANG.( 27 OGOS 2009)


"Kalau ade hati yang berjaya mencuit hati ini untuk menulis"...segalanya akan berubah..N3 yang lepas inilah janji aku untuk hayat blog ini.Siapa yang berjaya membuka hati aku...

Hari ini..peperiksaan PTK yang entah kali ke berapa aku ambil..tapi tak pernah lepas sasaran..4,4...cube lagi. Hati memang takde rase dan perasaan..ambil untuk cukup syarat...Masuk dewan dengan hati lonlai..bile dengar aje.." Calon boleh mula menjawab"..aku buka helaian soalan dengan doa dan tawakkal. 5 minit kemudian..tiba2 aje aku di datangi seorang pengawas peperiksaan..dari suaranya aku cukup kenal...Alhamdulillah...Cikgu Aesyah..(guru kelas aku mase ting.5, tahun 1994 di SMK.Rantau Panjang) datang menyapa..ini ayatnya.." hampir tak kenal wazir..kepala dah botak...." Ingat cikgu kat saya...." ingat..awakkan anak murid kesayangan saya"..syukur sekali lagi...Bila aku tanya...Macam mane cikgu masih boleh bertahan jadi cikgu yer.." Kite dah pilih jalan ini zir..kene terus dan jangan patah balik...jalan yang kite lalui kadangkala mudah ,kadangkala sukar..itu yang mencantikkan hidup kite...Wazir..jangan berhenti tulis blog..".alamak..macam mana cikgu tau...Tamparan hebat untuk aku...ingat tak ade siapa perasan kewujudan kita cos kite tak hebat..rupanya..orang yang aku sanjung dan banyak bagi aku perangsang ketika aku jatuh teruk tersungkur dulu...mengikuti perkembangan aku...syukur..Terima kasih cikgu..Saya kenang jasa cikgu.Saya sayang cikgu...SEMANGAT LEPAS TU JAWAB PERIKSA...HARAP2 LULUS..BERKAT BULAN RAMADHAN, ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE 4 DAN DOA CIKGU KELAS DULU.

HARI INI 27 OGOS 2009, tarikh yang sama pada 4 tahun yang lalu...aku dinikahkan di MAsjid Sg. Serdang bersama insan yang paling aku sayang..NORIATI SARU.Terima kasih orang2 yang bersama aku semasa majlis bersejarah tu.Keluarga dua pihak, kengkawan dan anak tersayang..FIRDAUS.Semua kenangan indah masih tersemat dalam hati....Kini dah 4 tahun berlalu.Semua akan aku lipat kemas dan sisipkan dalam ingatan..4 tahun mengharungi hidup sebagai suami..syukur yang teramat sangat..kerana aku miliki isteri yang cukup baik, cukup indah,cukup taat, cukup sabar,cukup rock dan cukup setia.Tiada dua dah..dialah yang pertama dan terakhir.Hidup aku jadi lengkap bersama Isteri.Isteri banyak jaga aku dari aku jaga dia.Aku yang terlebih manja dari die..Dialah ratu hatiku...permata yang paling bernilai.Syukur kepada Allah..kerana aku diketemukan dengan insan manis ini.4 tahun bersama cukup bahagia.Kami tak pernah bergaduh...rasanya indah..kalau adepun..gaduh2 manje..semua melalui SMS..kelakarkan...Tapi itulah hidup indah kami..Dialah segalanya..aku banyak terhutang budi dengan kasihnye.Yang paling aku kagumi isteriku ini..dia terima aku seadanya..lemah aku, kurang aku,cacat aku dan buruknye aku...Anak2 aku anak2 dia juga...itulah hebatnye insan bernama NORIATI SARU.Insan tenang dan tabah...aku yang banyak menangis dari dia....RATU HATIKU....

SELAMAT ULANGTAHUN...maaf tahun ini tidak seperti tahun2 yang lalu...sambutan ulangtahun sentiasa "MALATOP" kek bertingkat2..dengan anak2 yang penuh satu rumah...Tahun nie sengaja beritahu anak2 takyah balik...nak berdua2an.dan nak bersama mak ngan bapak kat kampung....bukan ape nak jadikan mereka idola..pertahankan rumahtangga sehingga hari ini kekal harmoni...Isteri ucapkan slamat ulang tahun semasa balik dari pekse..." tunggu tie ucap dari semalam"...tapi tak mengapa...aku tahu dia ingat cume masing2 tunggu masing2...Sempat bawa isteri melawat SMK Telok GAdong...jumpe kawan2 lame..kat pejabat ajer..cikgu2 cuti..sempat juga ronda2 sekolah mengenang kisah silam..terutama di bilik seni dan taman2 binaan aku dan anak2.Masih kekal..Alhamdulillah...Tibe2 disapa...Pakcik Zakaria..pakcik jaga sekolah. Berpeluklah kami dan panjanglah cerita..kenang2 dolu2. Pakcik Zakarialah yang jaga aku kat sekolah tu bersama2 pakcik Hasyim. AKu tido sekolah dielah yang jaga..Terima kasih Pak Z.

SMS datang bertubi2..sejak malam semalam lagi..Dari anak2 yang ingat dan setia...terima kasih.antara SMS dari anak2:

1. HAKIM ( orang pertama wish).."selamat ulangtahunke 4 ayah
bonda..semoga terus kekal bahagia dlm kerahmatan Allah dan kasih sayang anak2
..terus beri kasih
sayang pd kamisemoga Allah merahmati kalian berdua".
2.MONTEL :"Salam Yah..Epi anniversary dan good luck utk PTK..Jawab
soalan elok2"
3.Cayyoi :" Slmt Ulang tahun perkahwinan yah...semoga berkekalan..n
gudluck tuk exam ptk...
4.JIEJAH :"Ayah, slmt ulangtahun yang ke 4.Saya doakan ikatan 2
sampai akhir hayat..buat betul2 dalam PTK, sy sentiasa doakan ayah terus berjaya".
5.SALEH :"Salam, yah..selamat ulang tahun perkahwinan..kekal
sehingga ke akhir hayat dan b'tambah kebahagian disisi anak2..gud luck tuk
ptk..nanti kalau berjaya jgn lupa blanje makan...hu..hu.."
6.ISMA :"Selamat ulangtahun perkahwinan ayah..di dalam bulan yg
mulia ni, sy doakan ceria selalu dan sentiasa bahagia sebagai pasangan suami
isteri..."
7.NANI :"selamat ulangtahun perkahwinan..semoga bahagia bersama
dunia dan akhirat dan semoga segala urusanmu dipermudahkan hari ini dan
selamanya".
8.SAM :" Salam..saya doakan ayah dan bonda hidup bahagia
sejahtera n dilindungi Allah sentiasa..jaga diri n tunggu kepulangan kami...".
9.ARIEL :"cemekum..ayah..camat ulang tahun perkahwinan"
10.SHAMIRA :" Selamat Ulangtahun perkahwinan..semoga ayah bahgia
disamping isteri n anak2 tersayang..anakde doakan ayah
lulusPTK...selamatberpuasa...
11.KARIM :"AYah..sy rindu berbuka dgn ayah dan umi...selamat
ulangtahun perkahwinan ke 4..ayah kene kuat..jaga kesihatan..
12.JEMIL ( 2 HARI SEBELUM TARIKH)..:" SELAMAT ULANG TAHUN
PERKAHWINAN YAH...SEMOGA KEKAL ABADI...
13. UWE :( PANGGILAN TALIPON:" SELAMAT ULANGTAHUN YAH..SMOGA
KEKAL.."


TERIMA KASIH ANAK2 ATAS INGATAN.Terima kasih kerana mewarnai hidup kami..terima kasih beri kami kasih, terima kasih kerana beri kamisayang dan terima kasih kerana sempurnakan hidup kami..kami tiada harta untuk di bahagi2kan..kami cuma ade sayang yang sebesar kuman yang tak cukup untuk dibahagi2kan..ilmu sebagai bekalan hidup dan cerita teladan untuk jadi panduan tika kami tiada kelak.Terima kasih kerana setia besama kami tika kami suka atau duka..kalianlah pelangkap dan penyeri hidup kami...Syukur dan terima kasih.

TERIMA KASIH JUGA....mak bapak,arwah mak abah, abang2, kakak2, makcik2,pakcik2, bibik,paman,saudara mara,anak2 buah, anak2 dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam hidup kami dari kami mula berjumpa hinggalah 4 tahun berumahtangga....tak lupa pada Tn.Hj.Mahmud ayahde, Pakdin,Sir Mano,Pn.Latipah,kak CT dan staf2 SMKBBSS, kawan2 cikgu.kawan2 yang bayak membantu perjalanan hidup ini.Jasa kalian kami kenang selalu.

Buat ISTERIKU sekali lagi..terima kasih kerana mengasihi insan yang serba kurang nie..terima kasih kerana sudi berkongsi suka duka,manis pahit.....ABANG SAYANGGGGGGG TIE....MUAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!.

Buat insan yang entah di mana berada...terima kasih juga kerana jadi sebahagian daripada kegembiraan ku...terima kasih kerana pernah jadi sebahagian dari hidupku.....

okeylah..dah panjang lebar...Terima kasih cikgu AEsyah cos buka hati ni tuk menulis...terima kasih kepada semua guru2 yang pernah pening,penat,lelah dalam membimbing aku sehingga jadi "CIKGU"...

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 4.SAYANGGGGGG............SEMOGA ALLAH PELIHARA HUBUNGAN SUCI NIE SEHINGGA AKHIR HAYAT...DUNIA HINGGA AKHIRAT.....SAMPAI SYURGA....

Rabu, Ogos 12, 2009

Catatan nokhtah dari " Bukan Superman"

Maaf kalau tajuk N3 kali ini buat para pembaca marah....Sebenarnya tiada niat dan tiada kesanggupan untuk membuat catatan yang tajuknya "nokhtah"....ENtahlah kenapa tiba2 ajer hati ini membenarkan ia berlaku. Rase macam sudah tidak ade seri lagi hidup dalam blog nie. Rakan2 blog pun makin ramai yang suram penulisannya. Ade juga yang tidak menjemput kite bersama2 berkongsi blog dan sejak akhir2 nie rasa kurang komited pada penulisan blig..entahlah...

Mungkin ada yang marah nanti...kerana aku masuk dalam dunia blog ini juga atas belas ehsan orang yang aku hormati, kerana orang2 ini aku kenal blog.Tapi aku pinta ampun kiranye ianya akan berakhir...Sebenarnya ianya sudah hampir mati suatu ketika dahulu...disebab rase kecewa..tapi setelah didesak anak dan isteri blog kembali aktif tp tak semeriah dan sehebat awal kemunculan...Kewujudannya positif dan banyak datangkan kebaikan.Selain merapatkan ukwah kita dapat berkongsi cerita dan ilmu.

Entahlah....rasenye sudah sampai masa ia berhenti atau perlu berehat lama untuk bagi ruang mencari idea dan cerita baru. Tiada niat menjauhkan diri, tiada niat untuk tidak menghargai apa jua penberian orang...rasanya buat masa ini....cerita perlu diberhentikan seketikan. Entah...sama ada ia akan terus hidup, atau mati, berhenti semantara atau terus tak wujud dalam gelanggangnya...Semua ketentuan Allah...atau mungkin ade yang berjaya mencuit hati untuk terus berkongsi cerita.

Bile di tanya kenapa?..entah..tak tau ape jawapannya...tak de satupun jawapan disediakan untuk persoalan itu...entah!!!!Mungkin hanya si penulis blog ajer yang tahu dan mungkin ape yang di rasa tak mampu untuk dikongsikan bersama pembaca. Tapi percayalah....ia tiada kaitan dengan pembaca setia, pembaca singgah dan orang2 yang berada di sekeliling penulis blog. Atas kerelaan sendiri dan hanya penulis ajer yang tahu.

Untuk itu...Penulis perlu dan mahu ambil kesempatan di catatan terakhir ini meninggalkan titipan terakhir untuk semua pembaca blog ini.

Maaf dan ampun kiranya kehadiran blog ini memberikan kesan tidak baik,menyinggung mana2 pihak, terkasar bahasa dan terkilaf bicara....Penulis baru tersedar bukan semua orang setuju dan suka penulisan2 yang kosong tak berilmu nih...penulis baru tersedar yang banyak hasil tulisan tidak mampu beri manfaat kepada orang lain..jadinya...penulis mahu pinta ampun sekiranya kehadiran blog ini menyukarkan lagi hidup2 anda para pembaca.Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang tak baik dan yang tak baik itu sendiri dari Penulis blog ini.

Kepada anak2..ayahde pohon ampun kerana banyak meminjamkan nama kalian dalam setiap penulisan..ikhlas sebenarnya tanda kasih ayah yang tak berbelah bagi. Buat isteri...maaf kalau kongsi cerita kita tidak secara langsung sejak ada kehadiran blog ini...mungkin selepas ini kite lebih berkongsi cerita tanpa batasan gelombang. Buat keluarga yang mengikuti blog ini, maaf dan ampun kalau2 ade cerita yang tidak tepat dan menyinggung perasaan..rasanya selepas ini kite lebih akrab bila kite terus berkongsi secara langsung. Buat rakan2 dan teman2..Maaf kalau2 tiada lagi teman chit chat, tiada lagi teman sakat menyakat, tiada lagi teman bergosip, tida lagi teman ketawa,sedih dan sebagainya....itu kelemahan yang saya pilih dan saya janji akan perbaiki dalam bentuk yang lain. Buat semua pembaca2 yang singgah...terima kasih menyinggah dan maaf kalau singgahan ini singgahan pertama dan yang terakhir...Ampun ya...

Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.....berat nak buat keputusan ini...blog banyak beri warna dalam hidup aku....mungkin lepas ini ada rasa rindu....penulis akan jengok2 rakan2 blog yang lain...Insyaaah...dengan izin Allah semua itu.Emmmm....tak tahu maca mana nak menghabiskan catatan ini....tak tahu ayat mana nak dijadikan ending kepada titipan ini.....Allah aje yang tahu rasa penulis ketika ini....FuH!!!!!Buat sekalian kalinya....Maaf jika silap, ampun sekiranya salah...rezeki pertemuan mungki sampai sini..ade jodoh kita jumpa lagi...Terima kasih tak terhingga kepada pemula blog, terima kasih kepada orang2 yang selalu di sisi dan terima kasih buat semua yang terlibat..."AKU BUKAN SUPERMAN...LELAKI JUGA BISA NANGIS"....SAYANG SEMUA YANG TIDAK BERBELAH BAGI.....WINDU ARRRRRRR....HUHUHU....Key ...selamat jumpa lagi.Slamat berblog dan selamat semuanya..MUAHHHHHHH!!!!!!!!!!!!

Ahad, Ogos 09, 2009

EPPI BESDEY KIKI, WELCOME SKI ARIEL, TQ CAYYOI & MONTEL

First..nak wish " semoga panjang umur" buat nak buah kiut yg tersayang KIKI.Smalam sambut hari lahir yang ke 13 kat kampung. Merih gak, bibik2 paman2,anak2 buah dan sepupu sepapat ramai yang datang. Seawal jam 5 petang dah menggoreng udang dan ketam ball, hotdog dan nugget...isteri arahkan di cucuk buat satey..ikut ajerlah...pastu berkejar2 buat video klip tuk KIKI...hadiah untuk kiki.."AKU BUKAN SUPERMAN" harap Kiki suke. Dalam masa yang sama sambut hari jadi isteri dan Acik Ziqa.Macam biasa Cayyoi dan Montel jadi juru teknik...so tengok wayanglah kami kat kampung...Cikgu Mazidah..maaf yer...dak macam rete sendiri..ni dah terasa nak bukak wayang kat taman nie...tambah pendapatan..tahun depan nak beli exora..keh3. Ape2pun..tahniah KIki semoga terus sihat, ceria dan jadi anak yang baik. Buat isteri...Muahhh!!!!! Acik Ziqa...makan manyak2 bio cepat besorrrr.

Ha..Ha...generasi SMKBBSS ade lagi rupanyer...pagi2 dapat mesej dari Ariel, anak dato' Bukit Ijo. Dapat tingkatan 6 kat SMKSKI arahan E. Saidon..Ariel nie sepupu Montel...Montel gaklah badan die....So..adalah yang akan jaga aku tahun depan bile montel tak ade...Ape2pun Ariel..blaja elok2...Insyaallah...ayah dan bonda akan pantau dan kikis duit ariel tu...he3 perancangan kejam. Gurau ajer...

Tq buat anaku Cayyoi( hantu mate kucing)...Hari nie Montel pulang kekampung....So rumah tak berpenghuni..Ingat Cayyoi balik tapi die terus stay...walaupun die dan dunia die..tapi adelah anak2 yang temani kami makan, kluar jalan2...Syukur kerana die masih pegang pada janji. Dulu mase tingkatan 3, die kate akan jaga ayahde...setiap jumaat sampat ahad die balik...Alhamdulillah..die kotakan...Syukur juga mak ayah die begitu sporting dan kami bagai satu keluarga yang besar...sentiasa memahami.Untuk Cayyoi..tq cos jadi anak yang baik..ingat pesan ayahde...kite jangan berkira dengan orang , jangan lupa diri dan yang penting jangan jadi orang lain dan akhirnye ketepikan perasaan mak ayah. Ayahde dan bonda doakan Cayyoi berjaya...Jelie....mane menghilang? lame tak jumpe..dah lupa janji yer...

Montel..Ayah ucap terima kasih kerana sentiasa bersama...walaupun kene marah tapi stay jadi air kerana setiap marah tu untuk perbetulkan diri..tapi kali nie die plak yang marah kite.." makan ubat..makan nasik...tido awal....jangan layan tepon..jangan dok ingat orang yang tak ingat kita..." itulh hari2 nyer...Skang ade dah ayat baru..." suruh makan taknak makan...beyak..beyak...sape susah..saya susah..."..Kalo ayahnyer kate " Ayah mati dulu" die sibuk berebut nak mati lebih awal...."Biletu jul? "..Ape2 pun, Montel anak yang taat..tak pernah lagi melawan, engkar dan tinggi diri serta suara...kalo didesak mengaku bile buat salah...cepat2 mengaku..." Biar saya sorang masuk neraka yah..."..Ayat power die...Kite pun MAAFKAN AJER....Key...kim salam kat mama, abah, adik2 dan nenek yer...jaga diri..jangan main parit.

Isteriku...Noriati Saru..Thanks..masakkan mee goweng udang hari ni..sodap.Tq cos memahami abang dan rasenyer kesabarannyer mengatasi segalanya.Terima kasih kerana terus-terusan menyayangi abang dan anak2. Muahhhh!!!!!!.

Anak KPA3 , terima kasih datang KPA ari njie. DApat satu ilmu dan seronok sangat hari nie kan...dapat tengok anak2 riang dan sporting main permainan penyekit berjangkit.Jemil tahniah...penyekit terbaik...SAWAN KUDA TAHAP DEWA. Adikde Amirul ( cikgu baru) terima kasih setia temani abangde dan anak2 , insyaallah kite akan berkongsi cerita dan kemahiran dalam KPA...Syukri Kek, TQ beri ayahde senyum...walaupun kempunan makan KFC, syukur cos die sentiasa ingat pesanan ayahnyer...berbaloi didik dari tingkatan 1, " ayah jaga saya , saya akan jaga ayah" Allah akan jaga kita semua. Insyaallah. Kak Mazidah dan suami....TERIMA KASIH cos sentiasa bersama kala adikde berduka.Yan...Jaga suami mu...bagi makan ubat...dan sampaikan salam Hari LAhir buat suami tercinta.

Tq jugak kat Khalid, Dari Sarawak tepon. Panjang lebar berbual.Rindu kat ayahdenyer...banyak jugak tinggal pesan kat ayahnyer...kene ikut cos Khalid nie ASkar..kalo balik sini bercuti...Die plak yang meleterkan kite..itu tak kena..ini tak kena..spy die ramai....Ayahdenye sakit siap...bukan mati sakit nanti..mati kene tembak...buat semua anak2 SMKTG, SMKBBSS dan SMKSKI...terima kasih beri kasih..semoga kite terus hargai kasih yang Allah pinjamkan. Buat insan yang di sayangi tapi dah berada jauh...dengar lagu Caremel tajuknyer " Jauh Kau Pergi"..lagu ini teman tidur yang selalu ingatkan tentang ape yang terjadi....Maaf kalau tidak seperti yang diharapkan....Key..untuk semua pengunjung2 blog nie...Aku doakan kalian sejahtera dan ceria selalu....Ape yang perlu kalian tahu, WAKJIER SAYANG KALIAN 4 EVER n EVER.....

Jumaat, Ogos 07, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG...

Allah selamatkan Kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan Isteriku tercinta...Allah selamatkan kamu...

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG .Hari semalam tanggal 6 Ogos 2009...isteriku menyambut ulang tahun kelahirannyer...Alhamdulillah ....Semoga Allah panjangkan umur murah rezeki...

Seminggu ini..perancangan dah dibuat untuk menyeperaiskan isteriku...berbekalkan 2 orang taiko2 ...montel uruskan sayap kanan...Saleh uruskan sayap kiri... Hari ini semuanye berjalan lancar. Saleh...urusan jual beli barang dapur...jiejah urusan hadiah dan kad ucapan, montel...uruskan perutnyer...eh! silap...uruskan video klip di bantu chapik..semua dirancang terlebih awal...konon..akhirnyer..menggelabah gile...nasib baik ade Supermama yang banyak tolong bekal gambar besdei girl...sampai terabai kerje2 sekolah...Terma kasih kak Mazidah....Allah ajer yang dapat balas.Pembikinan video klip agak kelam kabut terutama part ucapan lansung dari anak2 didik...terima kasih anak2 3RK, anak2 6 Bawah 2 dan 3 dan yang teramat tq2..buat anak2 6 Atas 3....kalian beri sokongan yang MANTOP....BUKAN MATTOPLAH....sajer..jer... Sampai umah..kelam kabut lah membuat video, mengedit dan memilih gambar sesuai, lagu sesuai...fuh! nak ke tandas pun terpakse 'Tunda'.Panik seketika...dah buat antik2 tapi tetibe jer gambar tak boleh jalan...waaaaaaa.....nangis ..nangiss...nasib baik ade Montel...Pakar godek komputer..Trime kasihhhh...BERSAMAMU...

HAAAAA! 6 petang dah ke..leka mgadap komputer...lupe...anak2 dara konon nak datang awal nak tolong masak......kononnnn...kelam kabut..si saleh 6 petang sampai kapar..baru nak mula beli belah....sesak katenyer...mule dengan ape yang ado...aku bertukaar jadi iron cheff...masakmakaroni goreng ala2 gitu. Bukan ape..nie lah menu yang selalu anak2 tuntut bile balik sini...makaroni3. siap makaroni..jijah, kak nita, nora dan liza jadi pembantu dapur....tolong masak..ala menu mudah je pun...goreng naget ngan hot dog ...tu jer..tapi kecoh macam nak buat kenduri kawen..menjerit2 kene kacau si nani ( kucingla)..Jemil..anak teruna dengan menu air buatan tangan...air kordial sarsi...Cayyoi...si pemotong buah..masing2 main peranan...jam 6.30..Stazah dah balikkkkk!!!!!!! Ala dah tak seperais dah.....stazah senyum jer...tapi terharu....setiap tahun ade ajer kalainan sambutan hari jadinyer...lebih2 lagi dari anak2...Stazah naik atas yer..mekap lawa2...dah siap nanti turun.

Bagai kenduri kendara riuhnyer...anak2 mula bertambah ramai yang datang, ariel,syukri, isma..datang terus kedapur membantu ape yang perlu..kadang2 curik2 main game...ayahde kuar...cepat2 buat kerja...Amarrr...datang bawak calon menantu..AMer takbur datang, fadhiul datang, geng sofia datang..umah dah penuh ngan anak2 dah...Fadeli menyusul bersama Faizal...Cikgu Arianti sekeluarga turut raikan....paling terharu....bile isteri ku turun Ali muncul membawa kek cokelat...Sebak rasa hati...isteri sempat berbisik.."nak nangislah bang....Ali datang..ingat di kat tie...." begitulah resam...walaupun Ali tak sehebat anak2 yang berada dimenara gading...di tetap tidak berubah..tetap tahu kenang jasa ayah bondanyer...kate nyer " gaji cukup2 makan je yah...tpi tak bermakne kene lupa siapa orang yang banyak beri kita sayang" terima kasih Ali...HADIAH KATA2 TU LEBIH BERMAKNA...kalaulah anak2 semua cam tu...Dunia nie penuh ngan kasih sayang.

Amjlis bermula...nyanyian beramai2 dari anak2 buat isteri sebak..mengalir air mate terharu.." abang tak pernah lupa sambut hari jadi tie.."...itu tande " Abang sayang tie "...padahal...semalam saje2 buat tak ingat...nak buat seperaisss.....Tatkala di beri ucapan....ternyata , air mata tidak mampu di bendung...mencurah megalir tanda syukur kerana masih ade anak2 baik yang mahu sambut hari lahir bonda tersayang...berbekal 3 biji kek.setiap anak2 disuapkan tanda kami balas kasih yang diberi...itu cara kami suami isteri...selesai acara potong kek...tengok video...Montel main peranan..alhamdulillah....5 bintang....terima kasih montel ngan chapik uruskan kejutan. Terima kasih gak kat Cikgun mazidah bagi pinjam LCD dan semualah...( banyak sangat pinjam)..Wei! lupa..family kampung sg serdang turut sama raikan..KikI, Abang Ijal, kak CT dan Cik Dek...terima kasih cos datang...esok giliran kiki kat kampung plak yer...tungguuuuu

Anak2 makin bertambah ramai...anak2 6 bawah.yang masih belum hafal nama..yang tau si atromen...dan Abang Hail...datang ..walaupun lewat..syukur..sampai juga...Elvy....bagi mesej. tak dapat hadir, begitu juga Pak Tam..( sibuk ke buat2 sibuk..baru kawen katekan), pijul dan anak2 6a4 2007.Takpelah..takde rezeki....msih boleh jumpa...makan2..minum2...acara terus gemilang ngan senda gurau anak2 dan isteri yang cukup ceria....satu nikmat yang Allah beri pada kami...syukur..smoga kekal.

Time..sedey2..anak2 mula berangsur..malam dan mule tue..masing2 minta diri pulang..sok sekolah.Mase nie terasa diri ini begitu dihargai..bile anak2 cium tangan, peluk penuh erat....kayakan Allah...anak2 ini memang mendapat didikan yang begitu sempurna dari ibubapa masing2 tahniah!!!!Apa2 pun terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan majlis gemilang penuh bermakne yang mengumpulkan banyak generasi dari 3 sekolah berbeza, SMK Telok Gadong, SMK Bandar Baru Sultan Suleiman dan SMK Sungai Kapar Indah...+ SMK Ampuan Jemaah. terima kasih kerana menyumbang tenaga, menyumbang hidangan...Cikgu Yan (penaja Satey), Jiejah dan kak Nita ( penaja Beehoon), Nora ( penaja AGar2),Amer ( penaja kentang goweng), anak2 6B2 dan 3 ( penaja kek batik dan kuih), Amar ( penaja tembikai dan buah mate kucing), Syukri ( penaja buah langsat), Ali ( penaja Kek coklat), Abang hail ( penaja aiskrim) dan anak2 yang lain yang menaja tapi tak sempat nak taip..terima kasih pada kalian...Sayangggggggggg.

Buat isteriku yang tercinta....Suami mu ini bukan dari kalangan yang berharta...nak beli kereta besar,rumag besar,gelang besar,beg kulit besar,kamera besar...dan yang besar2lah..tak termampu...hanya persembahan majlis yang tak seberapa...tetapi semuamye HANYALAH UNTUKMU. tanda kasih sayang yang tidak berbelah bagi, tanda suamimu amat mencintaimu seumur hidupku. maaf sekiranya tidak sehebat sambutan hari lahir datok Siti, seadanya suamimu persembahkan untuk dijadikan hadiah di hari lahir mu..terima kasih kerana terima suami mu yang tidak seindah kabar dari rupa dan terima kasih kerana rasenyer....Isteriku lebih menjaga ku dari aku menjaganye...Terima kasih..atas segala kasih yang dibero terutama dalam melayan karenah suamimu dan anak2 yang tak tau bilangannyer...Terima kasih..

Buat sekalian kalinyer..terima kasih pada yang terlibat, kak Mazidah, Keluarga Sg. Serdang. Anak2 dan Allah kerana membantu aku dalah memberi cinta pada isteriku...Buat isteriku..NORIATI BT. SARU...PANJANG UMUT, MURAH REZEKI, DIBERI KESIHATAN, KECERIAAN DAN KEJAYAAN.ABANG SAYANG TIE...MUAHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Syukur Ya Allah, dalam aku mengharungi dugaan getir...aku masih kau beri kebahagian..Dalam aku hilang sayang...kau limpahkan sayang..Dalam aku hilang kekuatan aku kau berikan kekuatan..terima kasih ALLAH. Buat anak ku yang pergi jauh..terima kasih juga sekurang2nyer kau tinggalkan pesan walaupun hakikatnyer ia tidak di depan mata.Terima kasih...walaupun ade rase janggal dan kurang tanpa hadirnye ....aku kuatkan hati agar majlis ini tak nampak pun kurang.Key...Ariel dah bagi mesej...AYAh!!!! jangan tido lambat...macam die tau jer....ker...minta izin untuk rehat cos esok ade agenda yang perlu di selesaikan..salam buat smua yang aku sayang.

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG...

Khamis, Ogos 06, 2009

CERITA SEORANG TUA DI KAKI BUKIT.

Tajuk citer nih macam pernah dengar kan!...kalo budak2 dolu2 nielah cerpen yang wajib baca kalo amek sastera..Pernah di Dramakan..menghayat hati citer nih..tak caya cube carik novel nih dan hayati...Sian Atok....rindu kat cucunyer...kaki dikorbankan...

Ni nak citer lain...Cerita kisah orang tue yang hampir same..derita akibat rindu...
Bermula di sebuah desa di kaki bukit..tinggal sepasang orang tue yang hidup bahagia. Tidaklah kaya..kais pagi makan pagi..kais petang makan petang...Punye anak yang di sayang bagai menatang minyak yang penuh. Ape sahaja keperluannyer di turutkan semata2 mahukan anaknye gembira dan dapat belajar dengan selesa...kadang2 berikat perut semata2 nak beri anak kesayangannyer minum air kegemaran "FRESSOREN"...Dengan kudrat yang ade, Lelaki tua tak jemu banting tulang mencari ikhtiar untuk pastikan anak kesayangan dapat mengejar ilmu untuk mengejar cita2..agar suatu hari nanti kehidupan keluarga dapat dibela.Dari merangkak di ajar bertatih, dari bertatih di ajar berdiri, dari berdiri di ajar berlari...semua diberi tanpa keluh agar ia jadi ikhlas.Dari pakai lusuh di beri pakai baru, kekadang diri sendiri tak berganti pakai..semua untuk anak kesayangan...

Hari berganti hari, minggu, bulan dan tahun berganti tahun..Anak ini sudah punya cukup ilmu...membanggakan si tua kerana menjejakkan kaki ke menara gading. Impian si tua tercapai.Hanya tuhan sahaja yang tahu...Semua orang di khabarkan cerita ..punye anak yang beri keluarga bangga...Senyum lebar si tua bile orang sentiasa memuji punya anak yang pandai dan baik budi...tanda didikan situa menjadi...Manakan tidak...bukan mudah untuk didik anak ini, bukan mudah asuh anak ini, bukan mudah melayan karenah anak ini, bukan mudah menahan sakit membesarkan anak ini, bukan semudah yang orang sangka...zahirnye..hanye si tua yang tahu..

"Langit tidak selalunye indah...air tak selalu bergelora...burung tak selalu berkicau"..gurauan ....nyanyian sinis anak2..akhirnye jadi nayata. Si Tua kini termenung sepi menahan rasa rindu...anak yang ditatang..anak yang disanjung masyarakat..anak yang diharap menjaga hari tue, anak yang diharap memandikan jenazah si tue, anak yang diharap sembahyangkan jenazah si tue, anak yang diharap menurunkan si tue ke liang lahat, anak yang diharapkan mendoakan talkin situa, anak yang diharap sedekahkan alfatihah untuk bekalan si tue....jauh meninggalkan si tue gara2 cinta yang terhalang....gara2 cinta yang tak di restui..gara2 cinta yang kononnye menjanjikan bahagia....si tue ditinggalkan tanpa sepatah kate...si tue saja memendam rasa.

Anak kesayangan cukup berubah...dulu kaya dengan kasih sayang, dulu kaya dengan maaf, dulu kaya dengan setia, dulu kaya dengan taat..kini semua hilang..anak kesayangan dah jauh berbeza...Kalau dulu dimarah mandi hujan...kaki si tue dipapah,dicium , kalau dulu ditegur malas baca..tangan si tue di pegang erat tak mahu lepas, kalau dulu si tue menangis resah kecewa..tak lekang tubuh dipeluk..kalau dulu si tue pulang kerja berdingkut...kaki ini tak dilepaskan mahu di urut...kini semua sudah berubah...kaki ini busuk barang kali untuk di cium, tangan ini barang kali jijik untuk di sentuh, tubuh ini barangkali hanyih untuk dipeluk...anak kesayangan dah jadi anak yang orang tue tidak kenal..jauh berubah..jauh berbeza...

Si tue..walaupun sukar nak lepaskan pergi...hatinyer sentiasa berdetik memanggil pulang anak kesayangan, tangannyer selalu berdoa anaknyer kembali, mulutnyer selalu memanggil merayu pulang...siapalah si tue...segalanyer tidak di hirau...tidak diengah..umpama 'ANJING MENYALAK BUKIT'...hari2 si tue terus mengharap...malam2 si tue terus menanti..mintak2 hati anak kesayangan berubah. hati anak kesayangan berdetik untuk mencari jalan pulang..tapi semua itu mimpi.....berkecai hati si tue...setiap malam bertanya khabar, setiap hari berkirim pertanyaan..segalanya hampa..dan hati si tue terus hampa.Setelah segala harapan si tue terbang umpama debu ditiup angin, si tue akhirnye akur...tangannye diangkat kelangit berdoa...pohon Allah mendengar kata hatinye.." Ya Allah..andai aku bukan jadi ingatannye, kalau aku bukan jadi kesayangannye..kalau aku bukan jadi orang tuenyer...kau bantulah aku untuk melupakannye..kerana aku dah tidak mampu untuk menanggung rindu...rindu yang tiada jawapan..."..air mate si tue yang sentiasa mengalir deras jadi saksi betapa hancurnye hati si tue.

Malam yang indah, malam penghulu segala hari...situe tak lagi termenung merindu anak kesayangan, tak lagi membazirkan air matanye menanti hingga pagi, tidak lagi menunggu sebuah harapan. Si tue memaksa dirinye untuk lena dengan lagu2 indah penuh syahdu...akhirnye satu petanda buat hati si tue terjaga dari lena...satu suara yang entah dari mana arah nyer...berlagu lembut "...sudahlah kau berduka...sudahlah kau menangis, sudahlah kau mengharap, sudahlah kau merindu...lepaskan dia pergi, redhakan die pergi..kau teruskan sisa hidupmu..kerana ada lagi insan yang perlu kamu......Dia....bukan milikmu...dia jauh darimu...itu yang perlu kau tahu..."...Entah mengapa kali ini jaga si tue tidak lagi menagis...jaga si tua kini tidak lagi ada rasa rindu....

Malam2 kemudian...hati si tue tiba2 tersentuh...dapat seutus khabar dari anak yang dulu dirindu...sehingga habis rindunye..." terima kasih..atas kasih sayang pada saya tanpa jemu.Walaupun saya balas dengan tuba. Sebab tu saya ambil keputusan berdiam diri.Saya malu, saya tak nak menyekiti hati ayah dan bunda buat kali yang keberapa.Saya banyak dosa, saya tak mampu nak angkat muka dan pandang wajah ayah lagi.dengan ape yang saya dah buat..biar saya tanggung sampai mati... saya rela di buang dan tak nak kembali sebab takut akan menyakiti hati ayah dan bunda.Cukuplah dengan ape yang saya dah lakukan, saya tak layak jadi anak ayah..ampun darihujung rambut hingga hujung kaki'.....titipan dari anak yang jauh ....jauh dalam hati.

Si tue dah tak mampu menangis..air mate Allah tak izinkan ia keluar lagi...Si tue pasrah dengan titipan anak kesayangan yang tak nak pulang lagi...Si tue segala harapan yang di simpan punah dan luruh jiwa si tue...Walau anak kesayangan mengaku rasabersalah ...memohon ampun atas segala kilaf...tegakah si anak memilih tindak yang sebegitu rupa.....Adakah keputusan si anak benar...adakah dengan mendiamkan diri..menjauhkan diri....dan merelakan dirinye di buang boleh menyelesaikan segala kekusutan...itukah pendirian anak yang diberi sayang lebih dari segalanye...si tua terkilan...anak yang di asuh , yang di belai dan di beri ilmu sehingga tinggi ke menara gading..tidak mampu berfikir dengan akal yang waras.....

anak kesayangan....kalaulah si tue boleh beri alasan seperti itu ketika anak keayangan beri die duka, sedih, derita semasa kecil...udah lama di tinggalkan, udah lama dibiar mati tak makan, di biar dungu tidak berilmu, dibiar berpanas berhujan tidak berteduh, di biar telanjang bulat tidak berpakaian.....kalau itulah dulu...anak kesayangan...bukan itu cara selesai masalah...bukan itu cara meminta ampun...bukan itu cara seorang anak kepada ayahnye....sampai bila mahu jauh...sampai bila mahu takut...sampai bile mahu rasa bersalah.....Ayah walaupun " Harimau" di mata anak2 tapi hatinye cukup lembut dan kaya dengan kasih....bertindaklah dengan ilmu bukan dengan rasa ego dan kata hati....takut ianya jadi kata hati yang bakal buat hancur hati....akibatnyer....

Buka mata anak kesayangan....biarkan aje si tue tanggung derita merindu...biar aje si tue tanggung derita berharap...jangan sampai si tue ' BERHENTI BERHARAP'...jangan tunggu si tue tutup mata, jangan tunggu si tue tak mampu brnafas, jangan tunggu si tue biru tubuhnye, jangan tunggu si tue kejang tubuhnye, jangan tunggu si tue di cium tidak ade rasa, jangan tunggu si tue di kejut tak mahu bangun die, jangan tinggu si tue diraung tak ber balas raungnyer...semua itu sudah terlambat anak kesayangan...semua itu sudah tiada maknenyer....anak kesayngan, semua itu dah tak tinggal kesan ape2 anak kesayangan....yang tinggal kesan hanyalah...."KEKESALAN, KEKECEWAAN,RASA BERDOSA,RASA TIDAK BERGUNA".....Itu pun tidak mampu membuatkan nyawa Si Tue kembali.....renung wahai anak kesayanyan...renungkan...

Selagi masih ada kesempatan, selagi masih ade waktu, selagi tidak terlewat, selagi si tue punye nyawa...bertindaklah ikut akal....Sayang, kasih, rindu dan keluarga....tak pernah dan tak mungkin boleh berganti tatkala ia hilang....Anak kesayangan....Si tue masih ade sekelumit rasa rindu...si tua masih ade sekelumit rasa sayang....rebutlah ia kembali......jangan lepaskan sebelum ianya berakhir....Si tue...kau layak rasa sedih...kau layak rase kesal....itu dah nasib mu.....Berdoa terus untuk bahagia anak kesayangan...agar satu hari nanti ada sinar yang mampu membuat si tue tersenyum semula....cerita seorang tue di kaki bukit berakhir...

Biar ada duka , biar ade sensara....pasti ada jalan untuk temui bahagia.....si tue...terus setia di kaki bukit terus setia menunggu.....walaupun entah bile.......

Selasa, Ogos 04, 2009

PAK TAM KAWEN JUGK AKHIRNYER....

1 OGOS 2009. Akhirnyer....setelah dirancang dan di buat persiapan akhirnye semua berlangsung dengan lancar....Latihan kompang untuk majlis Pak Tam di buat hari Jumaat..Anak2 yang terlibat, cayyoi, Deen, Mierul, Wan, Ariel, Choa, Wan adik Choa, Hassan, Chapik dan montel...lagu baru untuk kompang khas untuk Pak Tam ..Lagu " Aku Bukan Superman"...he3 bikin gempak majlis...

Tengahari sabtu skuad RED GIANT yang dipengerusikan oleh Pak Cik Hasyim memenuhi majlis pengantin perempuan..ape lagi..REWANG lah kami..rewang makan, buat air, lipat tisu,buat bunga manggar dan macam2 lagi..terasa nikmatnye ketija ini kerana gabungan 3 sekolah berkumpul membantu majlis..SMKTG, SMKBBSS dan SMKSKI semuanye anak2 KPA3...berbaju merah kami sepakat rewang2.Masuk ajer waktu Asar, kami beramai2 ke MASJID TELOK GADONG nak saksikan PAK Tam dan isteri di nikah kan. Majlis berlangsung dengan 2 pasangan pengantin yang lain. Alhamdulillah dengan sekali lafas Pak Tam sah jadi suami orang.YAng elakar nyer Pak Tam boleh bantai tidow mase Tok Kadi bagi ceramah...keh3 lawak2. Aku...akhirnye tewas juga..di saat2 indah nie air mate tibe2 jer mengalir. Isteri memeluk erat sambil berbisik, " Tahniah bang dapat menantu, dan sabar yer...Pak Tam bukan anak yang lupa diri...die akan sentiasa bersama kita"...bleh plak Isteriku ambil gambar kandit mase aku nangis..AKu mengadu ngan isteri ngan mak jah.." Saya terharu...banyak cerita bersama pak Tam , membesrkan Pak tam bukan mudah..akhirnyer die kawen depan mate..."..berlinanglah air mate tak terbendung2....Pak Tam datang peluk dengan erat dan ini kate2nyer " Ayah...terima kasih kerana pengorbanan ayah, walaupun saya tak boleh nak beri harta dan kejayaan yang ayah harapkan, hari nie saya beri ayah menantu..saya janji akan selalu tengok ayah macam dulu..tapi kali nie bukan seorang tapi berdua....jangan sedih ye yah!!!"..Biarpun Pak Tam tak berjaya ke menera Gading, tk bekerja sehebat manager..tapi hatinye cukup murni...Tahniah Paktam dan Isteri. Ayah doakan kalian bahagia sehingga anak cucu.Dulu dialah setiap minggu datang umah jaga aku, penat macam manepun dia bekerja dia tetap balik jengok aku.Kekadang dia mengurut ayahnyer dan tak pernah menolak bile ayahnye mintak air milo ais.Terima kasih pak Tam..waaaaa....sedeylah..

Lepas Isyak...shuad kompang oren pun main peranan. Dalam gelap2 kami berkompang memecah riuh majlis.tangtung2 sampailah lagu terakhir khas buat pengantin " AKU BUKAN SUPERMAN" melopong makcik2 pakcik2 budak2 dan tetamu dengor lagu kompang pelik nie..keh2..saje buat gempak..Ha! boleh pun montel dan ahli2 kompang bawak lagu tu..TQ tak menghampakan. Lepas ajer kompang..sempat jumpe bahren, Elvy dan Abg Hail...terus ke rumah pengantin lelaki..ape lagi...KARAOKE le...balik kul 11.30 malam smue terbongkang tidow.

Bangun pagi tengok anak2 bergelimpangan..macam kene serang jepon..masakkan roti canai segera dan magee goreng.Lepas makan...terus ke kenduri umah Zura...jupe plak Tuan Hj. Mahmud..sempat borak sikit2 jer cos kene bergegas ke umah pengantin lelakiPak Tam lah...Kul 2 ajer...Kompang sekali lagi bergema...Tinggal 5 orang ajer yang berkompang, Cayyoi sampai darah2 tangan die pukul kompang..sian..Ape2pun terima kasih semua anak2 kompang, Anak2 peneraju majlis..Fadeli, Amar, Pijul, Faizal, Hadi dan menantu2..terima kasih atas kerja sama kita. harap hubungan kita tak putus di sini..biar terus kekal. pak Tam..SELAMAT PENGANTIN BARU..SEMOGA BAHAGIA...CEPAT2 BAGI AYAH CUCU.....yang lain...bile lagi? ayah tunggu...

key...dah penat menulis...pesan akhir dari saya...kalau kita buat salah jangan melarikan diri dan merasakan malu untuk bersemuka sebagai jalam penyelesaian. Selesai pada diri sendiri tetapi selesai ke pada orang yang kite buat salah..lebih2 lagi orang tu mak ayah kite...jangan buat keputusan yang salah...nanti kalau dah tak sempat bersemuka ketika orang itu tidak bernafas...kesalan akan menghantui kita...Jadi orang pandai...berfikirlah dengan pandai...Buat orang2 yang aku sayang..terima kasih kerana tak putus beri aku sayang....aku cube balas ngan sayang..selagi aku mampu.

MINGGU LEPAS PUNYE CITER..

Ape dah jadi? seminggu tak menulis walhal baru keluar ngan N3 " cikgu Wazir kembali"...Sori kengkawan, anak murid yang setia...Okey2..walaupun dah basi citer nie tapi nak kongsi gak...

KHAMIS, 30 JULAI 2009.LAWATAN KE PEJABAT METEOROLOGI, JABATAN METEOROOGI KLIA.

Lawatan nie anjuran JK Akademik Geografi Sekolah Daerah Klang..aku wakil SMKSKI bersama 2 anak murid , Afiq dan Afham...Berkumpul di SMK Raja Zarina..sukelah budak2 tu dapat tgk awek2..aku jumpe gak cikgu2 geografi yang lame tak jumpe...bertolak dengan 3 buah bas..banyak tempat kosong...so kami berpestalah dalam bas.punyelah jauh berjalan..tak sampai2..bio benor bas nih...tah mane2 kami dibawak..yang nampak jelas kapal terbang ajer yang terbang kesana ke mari. Akhirnye kami sesat dan nasib baik tuan tanah kedaung ( orang jabatan meteorologi) datang jemput..sampailah kami yang agak lewat. dalam kapla nie ingat tempat tu mesti macam kat tv wayang omputih boleh tengok bulan,boleh naik alikopter, boleh jumpe datok Muzafar, boleh tengok macam 2...masuk je bangunan..fuyyoooo....kami di bawa ke pejabat...tibe2 ..semua berkumpul...wei! bio betul dalam pejabat aje...itulah rialitinye...kami diberi taklimat bak kate bebudak tu.." Awat pakcik tu menggigil bercakap..cikgu amik je mikeropon tu..." lepas taklimat...kami dibawak melawat pejabat tu...macam pejabat sekolah jer..ape2 pun bolehlah adelah ilmu dapat dikutip. Bebudak 2 orang tu..sian..dapat tugas edarkan risalah H1N1..memang ade tokoh..dapat peminat ramai..termasuk yang senget2...Pastu kami dibawa ke stesen kawalan..tengoklah alat2 yang tak pernah jumpe kat sekolah..kat padang panas terik kami mendengar taklimat..tu pun 2 minit awal..pastu dah tak larat melawat uncle tu merepek..lari carik tempat berteduh....Lepas tu terus balik....Ape! balik..macam tu ajer...itu jer agendanye.. Balik sampai Klang kul 2.30 terus bawak bebudak tu g SMKBBSS..makan mee sup udang. Pastu bawak balik umah cos die orang tu kene jaab soalan Periksa Geografi kat umah..aku..tidow le.

KFC, Kapar. Pas je bebudak tu jawab pekse..bawak die orang makan kfc kapar. Janji dah..kalo siap pekse blanje kfc. Tapi nsebnarnye dah janji ngan Hakim, Sam dan Botak untuk jumpe cos jumaat die orang dah kene balik UUM. Cuti H1N1 dah abis. Si Montel dengan muke sugul..balik g tau lapar..bawak le makan kat KFC..die kate makan beehoon je..sian kat anak aku yang sihat ni..make bergeraklah ke KFC. Srenok jumpe Hakim, Sam dan Botak..banyak cerita di kongsi bersama dan sempat gak bergambar. tak puas bercerita kami beransur cos nak hantar afiq dan Afham.Hakim...berlainan pelukan perpisahan kali nie..rase lebih erat seolah2 tahu ayahde nye punya masalah..terasa diri nie tenang dengan kasing sayang hakim dan yang lain..terima kasih... Ape2 pun Hakim, Sam , Botak, Afiq , Afham dan Montel TQ kerana beri gembira walaupun sbenarnye ade duka. Cikgu doakan kalian sukses dan berjaya jadi yang terbaik.

Ha! Montel...OOOOOOO....tipu yeee... keluar dari KFC bertembung ngan cikgu Hanafi.." Zir ..ko blanje montel makan KFC..di dah kenyang makan Pizza, makaroni dan macam2 lagi ngan pengetua...kat SICT tadi".."Ape!!!!kweng3..." Si mOntel aku kejo keliling kapar...kureng asyem..di tipu Bapakdenyer....dengan slow di g tau " makan Beehoon sarapan pagi..he3"...TIDAKKKKKKKK....TERTIPUUUUUUUU.....Sebagai dende.MONTEL kene masak LEMPENG setiap hari untuk aku..padan muke....

Key...tu jer... nak citer lagi....tunggu...

AKU KEMBALI  YUUUHUUUUU!!! OK TAK TU KINI KEMBALI LAGI SETELAH BERTAHUN TAK MUNCUL