Khamis, Februari 03, 2011

PERCUTIAN TERBAIK HADIAH TERBAIK DARI INSAN2 TERBAIK


SALAM..Alhamdulillah kerana selamat pergi dan selamat sampai dari JANDA BAIK.

Cuti Tahun Baru Cina kami abiskan dengan cuti2 MALAYSIA DI KLCC JANDA BAIK.Semalam kami bertolak dari Umah no 22 jam 10 pagi. Bersama2 kami selain daripada anak2, Montel, Salleh, Normah dan Shapiq, satu kete lagi iaitu adikde Koden dan adikde Mirul. Turut mengiringi kami Keluarga kak Mazidah dan Keluarga Abangde Mazlan. Kami bergerak berasingan dan dijanjikan akan berkumpul di KLCC JANDA BAIK.

Kereta kami merupakan rombongan yang pertama sampai...di sambut mesra oleh tuan tanah kedaung. Kami teruskan aktiviti memasang khemah. Lepas jer pasang khemah...ulala....ACARA MANDI MANDA. lepas zohor sehinggalah matahari terbenam kami berendam dalam air sungai yang dingin dan menyegarkan.

Petang aktiviti diteruskan ngan menyiang IKAN TALAPIA yang segar...masih hidup bernyawa..jadiknya..ramailah yang cuma menjadik pembunuh kejam untuk pastikan kami makan malam ini.AkTIVITI BAKAR2...fuh!!!!!..TERBAIK..kami makan sama2, bakar ikan & ayam sama2 semuanya kami lakukan sama2...lagi2 mengeratkan hubungan keluarga besar nie...terasa hilang segala gundah gulana bile dapat makan ramai2 macam gini.Sedap dan berselera....LICINNNNNNNNNN......

Lepas makan2 aktiviti diteruyskan ngan " WAYANG TIME"...diketuai oleh KODEN NGAN MIRUL...kami kumpul ramai2 kat dewan. Rancangan awal nak nengok citer "ngangkong"..akhirnya tukar pikiran sebab penonton2nya ramai kanak2 bawah umur...duk plak dalam hutan..sat lagi nak ke tandas aku juga kene teman...hahaha .aku penakut gak. Tokey wayang bikak citer yang boleh ditonton seisi keluarga.."SENARIO ASAM GARAM"..seronok dan SANTAI.kami sama2 gelak ketawa dah macam duduk kumpul satu keluarga kat PANGGONG..bezanya takdek POPCORN....yang ade...toto,bantal dan selimut...hehehe.

Lepas menonton...kami isi mase lewat2 malam nie ngan bernyanyi-nyanyian diiringi petikan gitar Chapiq ngan adikde Mirul. dari lagu2 rakyat, lagu2 hit, lagu2 retro,lagu2 dangdut dan merapu..kami masuk tidur bile masing2 berlagu sepi dan lagu2 dengkuran dari insan2 yang tertidur dok menghayati suara merduku...TIDUR JADI LENA NGAN PENAT BERGELUMANG AIR SUNGAI DAN SEJUK HUJAN HUTAN YANG MENDAPAIKAN.Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Bangkit pagi...kami di sajikan ngan CEKODOK BAWANG & CEKODOK PISANG...Sedang asyik menyekodokkan diri, Anakde KARIM datang bersama 2 orang kawannya. dan tak lupa 35 keping ROTI CANAI BUKIT KAPAR. Jauh tu kami order roti canai...hehehe..dek kerana mengikut saja kehendak ayahdenya KARIM sanggup bangun pagi dan hantar roti canai....tq KARIM.Lepas sarapan pagi kami ramai2 menPOCO2kan diri. Diketuai oleh JURULATIH KAMI MR KODEN...kami ikut saja lenggok2 dan akhirnya....hahaha ade sesuatu yang berlaku yang buat kami ramai2 lari ke sungai....AYOK...busuk.

Kami di beri masa 2 jam sebab jam 1 petang kami kene berkemas balik. Kami guna kan kesempatan dan peluang yang ade dengan memanjakan diri di dalam air yang SEJUKKKKKK....kami berendam2, menyelam2, terjun2 tiruk. dah jadik buruh kasar nagkat2 batu sampai naik kejang. Sampai kecut dibuatnya..akhirnya kami terpaksa tinggalkan sungai tu walaupun berat rasa hati.....lepas makan tengahari yang ringkas..kami ambil peluang bergambar ramai2. macam2 gaya ada...ceria dan seronok.

Selamat tinggal JANDA BAIK...Ini merupa kan kunjungan kami yang ketiga...walaupun banyak lagi destinasi yang kami mahu pergi tapi panggilan air sungai JANDA BAIK bagai memanggil-manggil kami setiap tahun. Destinasi cuti2 sekolah yang takkan kami tinggalkan ....CANTIK, MENARIK, NYAMAN, DINGIN,SELESA DAN SELAMAT UNTUK SEISI KELUARGA.

Insyaallah..ade rezeki kami akan datang lagi. TERIMA KASIH Kak Mazidah yang sentiasa beri gembira buat adikde, Terima kasih abang Aminur yang sentiasa faham dan mesra, Terima kasih keluarga Abangde Mazlan yang baik, terima kasih keluarga kak Salamah, terima kasih adikde2 Mierul & Koden, terima kasih anak2, KARIM, MONTEL,NORMAH, SALLEH, SHAPIQ dan ISTERI TERCINTA.

Percutian yang amat menyeronokkan dan KENANGAN TERINDAH yang tak boleh dilupakan. TERIMA KASIH ALLAH KERANA BERIKAN RUANG DAN PELUANG INI. SAYANG KALIAN SAMPAI SYURGA.


PERCUTIAN TERBAIK, HADIAH TERBAIK, INSAN2 TERSAYANG TERBAIK.

1 ulasan:

  1. Bilaa laaa nak merasa dapat ikut kaum kerabat ni bercuti... Haih... T____T Apa pun, seronok tengok semua ada ikatan hati dan jiwa yang kuat.. Ucapan tahniah untuk semua... :)

    BalasPadam

AKU KEMBALI  YUUUHUUUUU!!! OK TAK TU KINI KEMBALI LAGI SETELAH BERTAHUN TAK MUNCUL