Ahad, April 12, 2009

CUCUR KODOK MAGEE

. Bangun...bangun...bangun... Pagi2 dah berlaku LATIHAN VOKAL oleh cikgu Wazir.. Mana taknya..anak2 dah macam kene serang hendap tentera Israel..bergelimpangan dengan macam2 gaya. Apa lagi meletoplah umah cikgu wazir dengan suara ala2 suara Anuar Zain...maintain merdu. Pagi2 dah buka kelas memasak..Hari ni saya ajar cara masak cucur Kodok Magee. Pembantu chef hari pagi ni..biasalah...CHEF MONTEL..

Bebudak kalau stay kat umah ni, bukan saja kene kerah study, kene blaja macam2 buat bekalan bila nak belajar berdikari nanti. Antaranya MEMASAK..biasanya syarat bermalam kat umah cikgu mesti pagi2 siapkan sarapan, cikgu dan ustazah bangun terus nak makan..Bangga dapat curah ilmu tapi bengang kerana baru angkat hasil gorengan pertama dah bersih dibaham bebudak ni..Lapar tahap "ANAKONDA" bebudak ni. Cucur Kodok Magee...mudah je...macam buat cukodok biasa cume bezanya blander magee rebus dan perencah magee..nak pedas tambah cili giling..terangkat!!!!Oleh kerana dah sedap sangat cukodok habis sebelum sempat dihidang...Terpaksa keluar beli nasi lemak..Nak makan berjemaahlah katakan.. Apa2pun tahniah peserta2 kursus masakan..Mierul. Deen, Zaid, Cayyoi dan Chef Montel. Balik nanti dapat sijil. Ha! tugas guru bukan saja beri ilmu dalam buku tapi bagi ilmu ikhtiar hidup..supaya diaorang ni dapat ringankan beban mak ayah kat rumah. Dalam masa yang sama boleh jimat duit dan blaja berdikari..tak payah beli kat luar. Aktiviti hari ni bukan saja dapat ilmu baru tapi dapat isi masa luang dengan baik, dapat eratkan hubungan dan yang penting...ilmu yang ada jangan kedekut ..kena kongsi...Kepada Cikgu Mazidah....dah ada pesaing sekarang...tapi cucur kodok udang Cikgu Mazidah Still NO 1....( bodek skit...nanti tak merasa cekodok free)..Petang ni ...giliran Ustazah plak...Kelas memasak ' BUBUR NASI AYAM'..Siapa2 yang baca blog ni nak joint kelas memasak ni...meh le ke DAPUR 22..Wokeh!!! nak kuar beli ayam...karang Chef Atie mengamuk karang...disembelihnya kucing sebelah (nani)..tak pasal-pasal makan 'Bubur Nasi Kucing'...jumpa lagi ...Dari Dapur 22- wakjier09-

1 ulasan:

  1. Nak free aje... semalam minta alatan komputer, minta belanja kari kepala ikan. Hari ni nak cekodok udang pulak. Buat sendiri....... Dah besor & dah beranak bini.... belajarlah berdikari!

    BalasPadam