Jumaat, April 10, 2009

HUTANG SEMALAM


Salam Siber...maaf semalam tak ada bingkisan...bukan lupa, bukan sengaja tapi tak ada rezaki. Niat nak berkongsi cerita di Perpustakaan Shah Alam,tapi dah masuk bateri tak ada. tangguhlah hari ni. Hari semalam nampak macam sibuk tapi tenang. 2 petang bawa anak-anak mentee pergi Perpustakaan Shah Alam bantu cari maklumat untuk Folio Sejarah. Subjek kajian " BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD, KUALA LUMPUR" . Mudah rupanya cari maklumat di PSA, tak perlu pening kepala pergi tanya jer pada kakak jaga kaunter, terus keluar satu salinan fotostat lengkap tentang sejarah dan maklumat tentang BSAS.Fuh!! lega...Selainnya berpoya2 melayari internet tengok anak2 daftar myspace. Teruja...kecik2 dah pandai IT. Pastu..banyak masa kami habiskan dengan luahan perasaan, berkongsi cerita, berkongsi pengalaman, bergosip dan yang paling best...SESI NGUMPAT...tapi kita orang ngumpat ke arah kebaikan...Apa yang saya bangga pada anak2 mentee ini mereka jujur, ikhlas dan tak berpura2. Tak perlu didesak, dipaksa untuk bercerita...mereka terus luahkan tanpa ragu2. Itu yang hebatnya...Mereka kata " Selesa dan tenang nak bercerita dengan cikgu..cikgu terbuka, sporting dan memahami...dan yang penting 'Cikgu Rock'. Tulah resepi nak jadi Cikgu Glamour...anak2 sayang dan dengar kata...Pastu makan kat MCD..masih bercerita dan masih berdiskusi...Balik agak lewat petang tapi rasanya puas bersama-anak2. Pertemuan walaupun singkat tapi bermakna. kami lebih mengenali, lebih akrap dan yang penting ...GUA TAHU SAPA LU ORANGGG...TERIMA KASIH ANAK2..IZZAT, AFIQ, DEEN...Op!!!! lupa plak..Smalam terlupa nak tengok anak2 SKI bertanding BOLA daerah Klang Bawah 15... Tapi pg nie berita baik mereka layak ke pusingan separuh akhir....Pada Anak2 Bola...Tahniah...Cikgu doakan berjaya. key kita berhenti seketika... jumpa lagi nanti.

1 ulasan:

  1. Tahniah, dah maju selangkah lagi kawan kita ni.... Teruskan....Bila nak sponsor baju OREN :)-

    BalasPadam

AKU KEMBALI  YUUUHUUUUU!!! OK TAK TU KINI KEMBALI LAGI SETELAH BERTAHUN TAK MUNCUL