Ahad, April 19, 2009

I'M NOT SUPERMAN...


Saya bukan SUPER HERO..Saya manusia biasa.Maksudnya saya tak ada kuasa sehebat hero2 khayalan ciptaan Barat, yang mampu nak tolong orang, yang mampu puaskan hati semua orang dan dan tak boleh juga dijadikan icon. Sehebat Superman juga ada lemahnya, tak boleh berdepan dengan "KRYPTONITE"...hilang kuasanya..saya manusia biasa, kadang2 ada silapnya, Saya suka bergurau, saya suka berjenaka, suka tolong orang, suka memudahkan orang, suka jadikan sesuatu hubungan tu ceria selalu.Mudahnya bersahabat dengan saya, apa pun yang orang buat, awal2 lagi saya dah sedia memaafkan. Kadang2 kita cuba nak buat yang terbaik supaya orang lain puas hati dan selesa mendekati kita, tapi ia juga kadang2 mengundang kecil hati dan kemarahan..Maaf..Saya bukan bermaksud nak lukakan hati sapa2 tapi itulah kelemahan saya yang kadang2 kita tak perasan ia pedih. Saya banyak berdiam diri bukan kerana saya tidak tahu berdikari mencari jalan penyelesaian, tapi rasanya lebih baik diam daripada ia terus mendatangkan marah.Lebih baik kita biarkan keadaan reda daripada ia terus parah...Itu sebahagian pesanan Bapak dari kecil lagi. Rasanya kebanyakkan lelaki memegang prinsip ini. Tapi percayalah....saya bukan jenis pedendam, bukan juga jenis buang saudara atau kawan. Kalau saya salah...rasanya berpuluh2 kali maaf dipohon, dan kalau orang lain buat salah...kemaafan tu dah lama saya beri.Saya selalu positifkan diri bila ada orang berlaku salah pada saya, dan saya harap saya juga diperlakukan sebegitu. Give and take..itu kan yang terbaik. Terimalah saya seadanya..Dan saya juga terima orang lain seadanya mereka. Jangan beri harapan yang terlalu tinggi kerana saya cukup takut ia akan kecewakan orang lain. Apa yang saya mampu...itu yang mampu buat kerana saya bukan SUPERMAN. Saya budak baru belajar..perlu dan sedia beri teguran..Jangan mendesak dan memaksa kerana saya takut tak mampu nak beri. Saya hargai semua yang orang beri, tolong, bantu, sayang, kasih dan segalanya...Kadang2 saya boleh balas, kadang2 saya cuba balas, kadang2 saya tewas dan tak mampu nak balas. tapi di hati kecil ini...Ucapan terima kasih dan doa dan rasanya hanya Allah saja yang tahu...kerana sayakan bukan SUPERMAN.Buat orang2 yang tersayang disekeliling saya, Mak, Bapak, Isteri,Keluarga,sahabat,kawan, anak2 dan semua yang berharga dalam hidup saya, TERIMA KASIH kerana terima saya seadanya, terima kasih kerana bagi semangat, kasih sayang,sokongan dan dokongan.Saya tak manpu nak balas jasa kalian kerana saya bukan SUPERMAN.Maaf sekiranya kehadiran saya dalam hidup kalian tak menjanjikan kemewahan, kebahagiaan,keceriaan,kekuatan,kekayaan dan sebagainya kerana saya bukan SUPERMAN.Bantu saya tika saya jatuh, tegur saya tika saya alpa,bimbing saya bila saya lupa, dukung saya tika saya tersungkur,ajar saya tika saya tak tahu,nasihat saya jika saya salah,pimpin saya tika saya tak tahu jalan, pandu saya tika saya sesat,Tolong saya tika saya susah...kerana saya bukan SUPERMAN...Bukan SUPER HERO...SAYA HANYA "MOHAMAD WAZIR BIN ABBAS",hamba ALLAH yang tak tahu apa.....

1 ulasan:

  1. Memang awak bukan superman. Superman pakai seluar dalam kat luar....

    BalasPadam