Selasa, April 07, 2009

APA ADA DENGAN SENYUMAN


Hari ini dimulakan dengan semangat baru. Senyuman isteri buat hati tenang dan perjalanan kesekolah jd mudah walaupun jarak dari rumah ke sekolah tak sampai 500 meter. Bekalan senyuman tu dah buat ati tenang dan perut kenyang. Sampai sekolah semangat tambah membuak-buak. Senyuman anak-anak didik yang sentiasa menyambut di tempat letak kereta setiap pagi buat hati jadi tenang. Kekadang terasa macam VVIP. Sampai di pejabat disambut senyuman dari rakan-rakan guru yang berebut-rebut me' laicik' kan diri. Berdedikasi guru2 kita. Senyuman mereka sekali lagi beri penawar baru....keletihan semalam berjaya diubat. Terima kasih insan2 yang sentiasa berikan senyuman.Senyuman penyejuk hati Senyuman penawar duka Senyuman penguat semangat. Hiasilah hari-hari kita dengan senyuman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan