Selasa, April 07, 2009

CIKGU SIBER..

Dah 2 hari bergelar cikgu siber. Terima kasih kat kak mazidah dan suami yang berusaha nak tengok saya memberanikan diri guna kecanggihan IT ni. Nampak canggung masa mula buka blog ni tp macam nak mule seronok jer. Lepas ni dah tak tengok AF dah... layan blog lagi best. Rupa-rupanya tak cuba tak tau kan. Bila dah cuba " seronok plak" . Terbuka lah mata dan minda. Rupanya luas penggunaan internet nikan. Cikgu kene berubah rupanya. Anak-anak didik lebih maju daripada kita. Jd nak sahut cabaran, kite kenalah berubah dr jd cikgu atas kertas kepada cikgu siber. Banyak lagi perlu saya teroka, belajar dan bongkar supaya dapat kuasai IT ni. barulah martabat guru meningkat. Aceh!!! semangat padahal baru 2 hari...tapi sekurang-kurangnya sudah mula atur langkah daripada duduk diam. Dulu masa belajar kat UiTM jd ketua kelas. Nama kelas mase tu SIBER , tp nama je SIBER , buka internet pun "KAYU". Ni dan hampir 10 tahun tinggalkan Kelas SIBER barulah nak berjinak2 semula dengan dunia IT ni. Itu pun sebenarnya kene pakse oleh Kakak Tiri , Cikgu Mazidah. Isteri dan anak2 jd tukang gelak tp saya anggap tu cabaran. Takpe...Suami dan Ayahde akan buktikan...."AKULAH CIKGU SIBER"...Apa2pun terima kasih teramat sangat kat Abang Aminur Rashid, Cikgu Mazidah, Noriati ( ISTERIKU), anak-anak pungut...Montel..Matop..Karim..Cayyoi..Jelie ...yang sentiasa bagi cabaran dan sokongan. Budi baik kalian tak akan saya lupa. Kepada cikgu-cikgu Se Malaysia...Ayuh....Jadi CIKGU SIBER....Key...sampai sini dulu..Nanti kita jumpe di lain catatan. Renung2kan...Selamat BerSIBER...-Wakjier 09-




Tiada ulasan:

Catat Ulasan