Selasa, April 14, 2009

SEMANGAT KENTAL


Semalam..Isnin 13 April 2009, saya membawa 10 anggota kadet Pertahanan Awam ke Stadium Sultan Sulaiman,Klang. Bertugas sebagai AJK Keselamatan dan kecemasan untuk Kejohanan Sukan Pendidikan Khas Daerah Klang. Terima kasih pada anak2 kadet,Coklat, naim, Afiq, Deen, Wan,Cayyoi, Alif, Rezza,Zaid dan Moja kerana bertugas dengan dedikasi dan baik.Terima kasih juga pada anggota Pertahanan Awam yang turut bertugas termasuklah bekas anak murid semasa di SMK Telok Gadong, Firdaus (DJ)..terharu ada anak murid lama yang dulunya sarjan Kadet kini bartugas di JPAM Selangor.Sehari bertugas di padang memang memenatkan tapi disebabkan tugas dan rasanya kerana anak2 Khas ini segalanya kami redah. Berdiri tengah panas terik sampai gelap kulit tak melemahkan kami untuk memberi sumbang bakti. Apa yang menariknya menjaga kelas khas ini ialah melayan karenah anak khas yang antaranya yang lemah dalam pembelajaran, sindrom, masalah penglihatan dan masalah pendengaran. Melihat kesungguhan malihat mereka berlari secara indiidu mahupun acara kumpulan kekadang buat saya sebak. Beberapa kali air mata berlinang...disedari oleh anak2 KPA.." Kenapa Cikgu menangis? " Saya terus jawab dalam nada sebak..." terharu...dalam keadaan mereka yang serba kurang ni Allah beri mereka kekuatan yang tak ada pada insan normal...Kuat dan kental sungguh semangat mereka". Mana taknya...ada atlit yang dah jatuh tersungkur tapi mahu menghabiskan larian, ada atlit buta yang berlari bersama guru pembimbing, ada yang sempat tanggalkan kasut dan terus barlari, berhenti kerana tunggu rakannya berlari sama walaupun sebenarnya itu pesaingnya...Macam2 karenah mencuit hati..Paling terharu ialah kasih sayang mereka terhadap guru2 meraka..cukup patuh, dan dengar kata.Ada yang seronok bila dah menang dan asyik bercerita pada guru mereka...sekejap2 " Cikgu...saya menangkan...Cikgu...saya dah buat yang baik kan...Cikgu...ok tak saya lari tadi...."...Bezanya mereka dengan anak2 murid normal...Mereka tahu berterima kasih, mereka tahu rasa bersalah bila kalah, mereka tahu memujuk guru...mereka tahu balas sayang cikgu...Hebatkan Insan Khas ini... Allah beri kurang yang lain tapi beri lebih lain..Sedang Khayal melayan perasaan tetiba ada satu suara di sisi saya " Cikgu..boleh bukakan tak? ( sambil memberi sebotol air Mineral" seorang anak perempuan kecil rasanya berusia 8 tahun menghulurkan botol..Saya buka dengan manis muka...dia balas dengan senyum yang saya rasa manisnya...Allah je yang tahu...tak pernah rasanya luhat senyuman semanis itu...terlalu jujur..lepas menghulurkan botol yang telah dibukakan penutupnya anak kecil itu dengan manja ucapkan " Terima Kasih Ayah"...Fuh!!!! tumpah lagi air mata ini...deras air mata ini bertambah laju bila lihat anak ini berkongsi air bersama rakannya...Cantikkan mereka...Tahu dan faham erti KONGSI dalam hidup mereka..Banyak lagi cerita dalam sehari tu...apa2pun TAHNIAH kepada Anak2 Khas SMKSKI...bawa pulang 9 emas dan banyak perak dan gangsa.Anak2 memang HEBAT..Sebelum kami pulang, Saya dan anak2 Kadet sama2 bagi Tepuk semangat..."Tepuk..tepuk sayang...Ummpppuhh!2" 3X. Seronok mereka...Anak2 ini bila kita hargai mereka tahu nilai dan balas...saya bangga jadi sebahagian daripada skuad mereka.Pada guru2 pendidikan khas..Tahniah dan saya bangga dengan pengorbanan, kerja keras dan usaha anda...ANDA PALING HEBAT...rasa nak joint KHAS jer....Allah saja boleh balas ...Hero dan Idol pada guru2 lain...Saya rasa kasih sayang guru2 ni...serba serbi dijaga...rasa selesa bersama mereka...Kalau dihitung pencapaian semalam, saya rasa SMKSKI 'JUARA' keseluruhan. Sekali lagi...TAHNIAH...Anak2 KPA pun hebat.. sepanjang bertugas, takde ape2 komen, rungutan malah dah siap ditempat untuk kejohanan tahun depan...Mereka cepat mesra, ringan tulang dan yang paling saya bangga " taat dan tak mengecewakan" Cikgu2 SMKSKI...anak2 kita di SMKSKI memang hebat...beri mereka peluang dan ruang...mereka akan bagi yang terbaik untuk kita...Kita jumpa lagi di catatan yang lain. Bersyukur atas apa sahaja nikmat yang Allah beri...Alhamdulillah.-wakjier 09-

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum, salam keamanan

    Bertuah wak ada anak-anak yang baik budiman. Hari ini kita satu pancaindera kita melihat gelagat mereka. Dalam masa yang sama, mungkin kita ketahuan tanpa perasan jutaan pancaindera memerhatikan kita. Bertuah rasanya diri kita. Jangan bongkak, jangan riak. Itu sifat yang dimurkai Allah.

    Berakit-rakitlah ke hulu
    Berenang renanglah ketepian
    Bersakit-sakitlah dahulu
    Bersenang-senang di hari kemudian

    Salam keamanan wak, permisi dulu
    Wassalam

    BalasPadam
  2. Hebat gambar!. Tahniah! kelas ke 2, iaitu memasukkan gambar dalam 'karangan' berjaya, selepas pembelajaran membuat 'catatan' bertambah baik....... Siapa gurunya? ... akak juga.

    BalasPadam
  3. Kenapa sifu tak pakai uniform?

    BalasPadam

AKU KEMBALI  YUUUHUUUUU!!! OK TAK TU KINI KEMBALI LAGI SETELAH BERTAHUN TAK MUNCUL