Ahad, Jun 21, 2009

HARI BAPA.....bapakah aku?

Dalam senyuman aku simpan sebuah duka....tapi untuk anak2 yang bersusah payah meraikan hari bapa malam semalam buat aku terus ukir senyuman. Terima kasih tidak terhingga buat anak2 6A3 2007 di bawah teraju Ali anak2 yang lain terus berkumpul dan eratkan hubungan. Seminggu merancang berbekal mesyuarat ringkas penuh riuh kecoh...akhirnya pertemuan abadi berjaya dilaksanakan. Seawal 3 petang semuanya bermula. Selewat 12 malam acara berakhir. Tak perlu hadiah sebesar gunung, kehadiran anak2 dah memadai dan itulah hadiah yang paling bermakna. Aku ambil kesempatan sementara masih di beri peluang bernafas, ucapan terima kasih buat anak2, Ali, Syafiq Rzak,Sharir, Dayah, Kecik, Liza, Nura, Cuma, Nadia, Jeny, Ling2. Yin Cuan, Jun Hui, Yee chin, Tan, Yap, Zaki,Aman, Montel, Muzamil,Muzakir,Daus dan Steven.Kalian anak2 yang hebat dan sangat penyayang. Budi dan ingatan kalian tetap dihati AYAH. Buat Kak Mazidah, Abg Amin, Amar dan Mirul...terima kasih atas kehadiran kalian penyeri hidup keluarga besar kami. Buat Atie, isteri tersayang...terima kasih cos sabar hidup nyan abang, terima kasih terima anak2 abang, terima kasih faham dan sentiasa disisi abang.Semua kalian aku sayang....sayang sampai MATI............SELAMAT HARI BAPA buat semua bapa2 di ini. Buat bapak 'Abbas bin Hj. Nawi' adik sayang bapak sampai akhir hayat. Buat Arwah abah, "Hj. SARU, Alfatihah....Walau kita tak di beri rezeki untuk bertemu...wazir sayang abah , wazir rindu abah, terima kasih beri wazir permata yang bernilai dan beharga. Wazir Sayang Bapak, Wazir sayang Abah..............SELAMANYA..SEHINGGA MATA INI TERTUTUP RAPAT. Buat anak anak lain, terima kasih kerana beri sayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan