Selasa, Februari 01, 2011

KEK KEDUA & KEK KETIGA & KEK KEEMPAT

KEK KEDUA

Terima kasih buat pelajar2 6A2 2011 yang membuat kek khas ( kek batik) untuk cikgu. sedap dan comey. Terima kasih kerana tahu kek kegemaran cikgu. Maaf kalo tiada layanan istimewa..sekadar terima kek dari pintu pagar sebab baru lepas kemas umah dan kelihatan comot. Apa2 pun terima kasih banyak2 atas ingatan dan pemberian kek istimewa tu.




KEK KETIGA

Jutaan terima kasih buat Kakakde ku , KAK MAZIDAH & ABANGDE AMINUR atas sambutan hari lahir yang cukup bermakna di Usia 34 tahun nie. Terharu dan rasa bertuah sangat kerana memiliki kalian yang banyak bagi semangat, banyak ajar sabar, banyak beri kasih sayang. permintaan tuk makan ketam di makbulkan..terima kasih atas menu2 yang sedap di AROMA JERAM...Ikan asam pedas, ikan 3 rasa, ikan masak stim, udang masak beju, ketam masak pedas, tomyam ayam, sotong masak tepung, sayur kailan ikan masin, air oren dan tembikai....fuh!!!! seumur hidup nie pertama kalinya makan makanan yang sedap dan mewah2...terima kasih penaja majlis nie...tq gak atas pemberian baju RETRO BIRU...cantik sangat.

Terima kasih juga kat KARIM yang taja KEK PANDAN (IJO) yang sedap..abis icin kami makan. Terima kasih juga kat anak2 yang sama2 raikan , Faridzul, Shapiq, Ariel, Normah, Amar, Mily...dan tak lupa ISTERI TERCINTA. Kalian cukup istimewa bagiku...terima kasih ALLAH kerana beri aku insan2 yang kaya ngan kasih sayang yang banyak membantuku teruskan hidup yang banyak duka. Kalianlah kemanisan da ubat segala duka.

Terharu dan rasa sebak ( tapi tahan sebab nak tunjuk kite kuat )..bila abangde Aminur sendiri yang bacakan doa....rasa ALLAH sangat penyayang kerana berikan aku seorang abang yang sabar dan kuat untuk buat aku rasa selesa dan selamat. Antara doa abang..." semoga hubungan kami terus utuh, semoga keluarga besar ini terus diberi sayang yang kuat dan semoga Allah jauhkan kami dari sengketa dan terus hidup bersama"...terima kasih abang..terima kasih akak....TERIMA KASIH SEMUA.

KEK KEEMPAT

Jam 11..anakde HAIL FIRDAUS sampai ngan skuter birunya....Berbekal senyum dan sekotak KEK berwarna kuning...Terima kasih anakde kerana masih mahu bersama ayahde selama 11 tahun. Banyak cerita dan kisah antara kami berdua....Hail antara anak yang awal aku jaga..syukur ..hubungan kami masih utuh..tak pernah rasa jauh wlaupun sibuk bekerja...terima kasih HAIL.. Turut sama malam nie, AMAR ngan Pejal...Terima kasih kerana tak lupa ayah dan sentiasa kongsi susah dan senang.AYAH sayang HAIL, AMAR ngan PEJAL sampai SYURGA.

SEMOGA ALLAH PELIHARA HUBUNGAN KITA, SEMOGA SAYANG KITE TERUS MANIS DAN INDAH SEPERTI KEK2 YANG SAMA2 KITA MAKAN TADI. TQ ALLAH

2 ulasan:

  1. Sedap... Seronok.. Meriah... Turut sama rasa syukur dengan kebahagiaan dan kegembiraan yang ayah kecapi... Betul cakap akim, seorang dua yang membenci, ratusan malah ribuan lagi yg tahu menghargai dan beri sayang.. =D

    BalasPadam
  2. terima kasih akim..tulang belakang jejayaan, kesabaran dan kebahagiaan ayah. sayang sampai syurga

    BalasPadam

AKU KEMBALI  YUUUHUUUUU!!! OK TAK TU KINI KEMBALI LAGI SETELAH BERTAHUN TAK MUNCUL