Rabu, April 29, 2009

DALAM TAWA ADA TANGIS


Awal pagi lagi dah kelam kabut. Apa taknyer..perasmian Pameran Seribu Wajah di Galeri Ilham SMKSKI akan dirasmikan oleh Pengetua jam 8.00 pagi. Berdebar kerana ini adalah Pameran kedua setelah tahun lepas dirasmikan pembukaannya. Alhamdulillah..takde jerit pekik dan amokan berlaku...saya lebih tenang cos semuanya dah siap sedia untuk dirasmikan. Perasmian dapat dijalankan dengan baik dan meriah..Puan Pengetua, Pn.Hjh.Jamaliah, Pn.Amiah ,Pn.Ros turun padang menyaksikannya. Dapat sokongan dari pihak pentadbir menggembirakan kami. Yang lebih bersyukurnya, Puan pengatua terus call tukang untuk pasang jubin dan janji nak bagi penghawa dingin...lega...Rata2 mereka seronok tengok pameran ini dan ia jadi penguat semangat kepada kami untuk terus lagi perjuangan seni. Macam nilah pemimpin..turun padang dan jadi penyokong no.1. Anak2 6A3 macam biasalah, bekerja keras menjayakan majlis ini. Terima ksih kepada penaja makan minum pagi kami, Pn Aryanti..esok ada lagi tak? tak nak nasik lemak...nak nasik ayam plak...keh3. Keseluruhan amat memuaskan. Pelajar2 dan guru2 yang datang melawat mengikut jadual puas dan seronok...Kepada petugas2 galeri ..Tahniah ...anda berjaya membawa seni di mata warga SMKSKI. Terima kasih kat adikde Yan ( bodek skit..nanti dapat makan free) yang banyak kerja keras dan Kak Mazidah yang sentiasa bagi kerjasama unggul. Pada cikgu2 yang hantar karya...BAGUSSS..Anak2 yang karyanya terpampang..tahniah..anda memang berbakat.
Seronok hari nie tak siapa yang tahu...Ku sangka langit cerah hingga ke petang..rupanya hujan di petang hari.... Jam 3 selepas mesyuarat Unit Majalah sekolah bersama Pengetua, saya, Anak2 6A3, Kak Mazidah, Yan buat sedikit jamuan untuk Cikgu Che Rohana. Walaupun majlis ringkas tapi ia penuh bermakna. Air mata tumpah tanpa dapat dibendung...anak2 dan yang lain sedih kerana akan ditinggalkan oleh Cikgu Che ANA. Bagi pihak saya, banyak2 terima kasihlah cos sama2 jaga dan didik anak2 saya dengan penuh kasih sayang. Maaf sekiranya ada silap salah, halal makan minum dan rinduilah kami selalu. Majlis juga disambut bersama anak2 yang sambut hari jadi bulan 4.

Selamat hari jadi PISANG dan BANANA. Jadi anak yang baik, pelajar yang cemerlang ye...Terasa keluarga besar ini semakin akrab. Sanggup bertahan sehingga 5.30 untuk jaga galeri dan sambut majlis. Kita makan sama2, nangis sama2, ketawa sama2,susah sama2, penat sama2...harap hubungan ini akan terus kekal..Ayah bangga ngan kasih sayang korang..Muah....

Balik sempat tido...malam kuar ngan Saleh, Cayyoi dan Montel cari bahan kat Shah Alam...ade cerita kat restoren Ros...Rajok buah 1/2 jam...sian kakak tu kene kutuk dan kene ketawa...sori..lain kali buat keje cekap2 jangan kontrol cantik...last2 malu sendiri. Balik umah ...sibuk gotong royong siapkan barang2 untuk pertandingan seni arca kat SMK Sri Andalas. Bagilah gak demo dan ajar teknik buat semut, batang pokok dan lain2. Harap2 dapat tempatlah sok..sekurang2nye tempat duduk...keh3...Kelakar cos Hakim pertandingan bukan orang lain....CIKGU WAZIR LERRRRR....nak menang....buat yang terbaik...

Jam 12.00 isteri dan anak2 masih kusyuk mengoyakkan kotak..dah macam rewang2 kenduri kawin dah...Saya...apa lagi bekaryalah kat blog nie. Sambil2 tu baca blog kengkawan dan anak2....Jadinya hari nie banyak gaklah kisah yang berlaku...bermula ngan gembira tawa, sedih dan tenang kembali...Berpisah sementara...yang jauh jadi dekat...blog mendekatkan kita...Sebelum berundur diri macam biasalah...anak2 mentee....hai...ari nie tak banyak borakkan...ayah busylah tapi tak lepas pandang..masih curik2 pandangan sebagai ambil tahu. Anak2 6A1,2 dan 3..tq cos banyak membantu dan jadi teman setia, Kengkawan guru yang masih belum ke Galeri...ayuh...kene blaja ambil tahu pasal seni...taklah nanti anak tanye nak lukis ayam cam mana....jawapannya...Tanye abah...takpun tengoklah dalam buku....Kenelah celik seni agar tak malu depan anak sendiri...Kak Mazidah (Tun Teja), Yan ( Dang Hanum) terima kasih atas segala kegembiraan yang diberikan. Pada Isteri, Atie ( Pemaisuri Istana) terima kasih kerana faham, sabar dan setia bersama abang dikala susah, sakit, pening dan gembira. Anak2 yang lain...miss u all. Selamat Malam semua. Doakan kejayaan kami esok. TQ ALLAH atas segala nikmat yang kau berikan. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AKU KEMBALI  YUUUHUUUUU!!! OK TAK TU KINI KEMBALI LAGI SETELAH BERTAHUN TAK MUNCUL