Selasa, April 21, 2009

MINGGU SENI DATANG LAGI...




Dah 3 tahun rupanya saya kat SMKSKI ni...Maksudnya..menjelang isnin minggu depan..dah masuk kali ketiga saya terlibat dengan minggu Seni dan Geografi...Paduan 2 panitia nie memang kasik gegar tiap2 tahun. Seingat saya..tahun pertama merupakan tahun paling sibuk dan panik. Mana taknya dalam sibuk2 menguruskan minggu nie...Ketua panitia saya..Pn. Ariyanti ( adikde)..lepas jer rasmi pagi tu...terus je hantar spital...Berjaya melahirkan anak seni...Nasib baik tak bagi nama " Siti Seni". Tahun tu , sukses..pameran dan juga aktiviti membanggakan. Terima kasih anak2 X 6A4 2007 yang banyak membantu. Tahun 2008 mencipta sejarah...Galeri Ilham Kreatif dilancarkan..walaupun kecil tapi satu permulaan yang baik..Jadilah daripada tak ada langsung. So sesapa nak tengok hasil karya anak2 SMKSKI bertandanglah ke Galeri kami. Pasti memikat. Tahun tu jugak tahun meriah cos buat persembahan Perasmian penuh Warna-warni. Persembahan Pentomen " Sungai Oh Sungai " buat semua hati tertawan. Nak tengok Video? tunggu belas ehsan Cikgu Mazidah masukkan dalam blog saya ye. Tahun ni..menjanjikan satu fenomena baru...Temanye dah glem..." Seni dan Geografi Inspirasi hidup"...Ceh! macam cogankata TV3 plak. Dalam masa yang sama kami cuba kumpul 1000 wajah warga SMKSKI sebagai gimik minggu panitia kami...nk tahu lebih lanjut...tunggu....HAri ni bermulanya kerja2 belakang tabir minggu seni...Kami berkumpul sampai petang bekerjasa sama menyediakan persiapan awal. Bebudak 3RK dengan kerja2 membina model taman mini, Pelajar tingkatan 6A3 dengan meating dan persiapan akhir, bebudak kelab seni dengan memfailkan karya,bebudak 3E dengan jam gergasinya, Cikgu Yan dan penggerak kami, Pn. Mazidah sibuk mengedit foto sambil2 tu curik2 buat blog untuk cikgu Yan...patutlah buat kerja senyap jer..rupe2nya ada agenda tersendiri. Apa2pun ...anda memang best!!!! seronok berkampung sekali sekala ( rewang) meriah tak terkata.So...ada baki 5 hari lagi untuk kami berjuang...Minggu ni...tak tido le buat persiapan akhir...Harap3 tahun ni mengulangi kejayaan tahun2 lepas jadi minggu panitia terbaik sepanjang tahun. Anak2 mentee, Afiq , Izzat dan Myrul...ingat pesan ayahde...Cinta dengan ilmu...Melatih anak2 menyanyi bukan mudah..Tahun nie persembahannya berbentuk Muzikal Broadband, Lagu...OH La La Tropika....Tunggu anak2 3RK beraksi. Afig jadi burung, Myrul jadi Ikan, Izzat jadi Lebah...3 makhluk nie akan buat shuffle...GEMPAK!!!.Tutup cerita persiapan minggu seni... kongsi cerita menarik.. Awal pagi di kunjungi bekas pelajar 5P3 tahun 2007, BALA...wah! dah pandai bergaya...Sibuk bekerja dan ambil peluang bercuti nak jumpa cikgunya. Sifatnya yang dulu masih tak luntur, masih salam cium tangan. Walaupun kat sekolah dulu agak nakal, tapi satu je prinsip dia, ' dengan cikgu kene hormat' Kami berkongsi cerita dan akhir perbualan inilah katanya " Cikgu minggu depan saya gaji saya nak bawa cikgu makan2"...Baguskan...walaupun dari segi akademi kurang berjaya tapi pembentukan diri cukup cemerlang. Balik sekolah dikunjungi anak yang dah lama tak balik , AMEER PARKINSON", cuti study week, kat UiTM. Dapatlah makan sama dan banyaklah berkongsi crete. Ha! sekarang ni bersama 3 orang anak2 kesayangan. RAsanya juga dah agak lama tak balik...Bau Ayam...baru balik dari kerja kata mereka...kerja apa...berniaga "Kepak Ayam". Terima kasih Bad, Alan dan Jemil...walaupun sibuk bekerja tapi masih ada masa melawat ayahde. Tapi malam ni...minum air je ye..Tak sempat nak masak. Lain kali datang bawak makanan sendiri...He3. Sebelum catatan ini melabuhkan tirainya ( macam ayat Cikgu NApi tak? )...Bolehlah...Terima kasih kepada semua kerana beri senyuman kepada saya hari ni. Lupa plak...buat anak2 , Cayyoi, Deen, Zaid , Myrul, Afham dan pria2 terhebat SMKSKI...Lupekan ajelah awek nih!!!! tak beri manfaat pun. Bercinta ngan ilmu akan dapat hasilnya...Awek sekarang tak pilih rupa harta, pilih masa depan yang baik maksudnya orang2 yang berjaya...Renung2kan dan selamat beramal. Kepada semua anak2 yang sekarang sedang periksa kat UiTM seluruh negara,Moja2, Daus, Botak, Amer,Jeera,Ayed,Raja dan lain2.. selamat berjuang...sem ni 3 pointer ke atas.Keylah...jumpe lagi esok. Selamat Malam, semoga tidur lena, semoga mimpi indah dan semoga hari esok terus2an beri senyuman....Muah!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan